~ Khoy Wen Lee ( 9 )
~ Stephenie Ching Ke Ping ( 25 )
Ini merupakan gambar Imhotep. ~Imhotep iaitu saintis ,ahli fizik ,arkitek ,dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.) .
~Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.
~Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
Penciptaan Kertas dan Sistem Tulisan
![]() Pokok Papyrus ![]() Contoh tulisan hieroglif ![]() Perkembangan tulisan awal Mesir dari tulisan hieroglif ke hieratik dan kemudian demotik. Sistem PendidikanSistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan telah diwujudkan oleh kerajaan Mesir Purba. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pengawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.Ilmu PerubatanMesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu sehingga ke hari ini.![]() Mumia Pengawalan Aliran Air Sungai NilKeagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjado nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembagan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Sistem kalendarPengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.![]() Kalendar Mesir Purba. |
![]() | |||||
Firaun Menes |
- Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
- Jawatan firaun(raja Mesir) diwarisi secara turun-temurun.
- Pada zaman kerajaan lama,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
- Semasa pemerintahan dinasti ke-3 & ke-4,firaun digelar sebagai Raja Matahari,iaitu Amon-Re.
- Firaun juga merrupakan :
-ketua pendeta
-pemilik tanah
-ketua hakim
-ketua pahlawan
- Selepas firaun ialah golongan bangsawan , rahib , tuan tanah serta jurutulis.
- Ini diikuti dengan golongan rakyat bebas ( petani,pedagang & artisan ) dan terkebawah ialah hamba.
![]() |
Firaun ~Ketua kerajaan Mesir Purba. ~Perkataan 'firaun' berasal daripada perkataan Yunani , iaitu pharaoh yang bermaksud rumah yang agung. ~Rumah yang agung bererti pihak atau kuasa yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta ~Rumah yang agung ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah,iaitu firaun. |
![]() | ||||
Firaun Hatshepsut |
![]() |
Tulisan hieroglif |
![]() |
Ini ialah gambar Sungai Nil |
![]() | |
Peta menunjukkan lokasi tamadun Mesir Purba di Sungai Nil. |
- Tamadun Mesir Purba terletak di Lembah Sungai Nil.
- Tamadun Mesir Purba terbahagi kepada empat:
*Zaman Awal dari 3100~2200 S.M.
*Zaman Pertengahan dari 2040~1785 S.M.
*Zaman Empayar dari 1570~1085 S.M.
*Zaman Keruntuhan dari 1085~322 S.M.
- Firaun merupakan raja dalam sistem pemerintahan Mesir Purba.
- Pembinaan piramid masih menjadi misteri sehingga kini.