Seni Bina
- Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina,iaitu piramid.
- Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep.
Ini merupakan gambar Imhotep. ~Imhotep iaitu saintis ,ahli fizik ,arkitek ,dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.) .
~Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.
~Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.
Penciptaan Kertas dan Sistem Tulisan
![]() Pokok Papyrus ![]() Contoh tulisan hieroglif ![]() Perkembangan tulisan awal Mesir dari tulisan hieroglif ke hieratik dan kemudian demotik. Sistem PendidikanSistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan telah diwujudkan oleh kerajaan Mesir Purba. Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pengawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.Ilmu PerubatanMesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba. Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu sehingga ke hari ini.![]() Mumia Pengawalan Aliran Air Sungai NilKeagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjado nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembagan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Sistem kalendarPengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.![]() Kalendar Mesir Purba. |
No comments :
Post a Comment