- Apabila Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan,beliau telah mengasaskan pusat pemtadbiran di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sg.Nil .
- Pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis yang berhampiran dengan Sg.Nil.
- Pada kemuncak Zaman Pertengahan,pusat pentadbiran ini telah bertukar ke bandar Thebes.
- Terdapat juga beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis,Fayoum dan Abydos.
Firaun Menes
- Kehidupan di bandar merupakan ciri yang sangat penting dalam tamadun ini kerana di sinilah tempat kediaman firaun,pusat pemerintahan dan pentadbiran,dan pelabuhan penting bagi tamadun ini.
- Bandar turut berperanan sebagai pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
Kehidupan berorganisasi
- Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
- Jawatan firaun(raja Mesir) diwarisi secara turun-temurun.
- Pada zaman kerajaan lama,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
- Semasa pemerintahan dinasti ke-3 & ke-4,firaun digelar sebagai Raja Matahari,iaitu Amon-Re.
- Firaun juga merrupakan :
-ketua pendeta
-pemilik tanah
-ketua hakim
-ketua pahlawan
- Selepas firaun ialah golongan bangsawan , rahib , tuan tanah serta jurutulis.
- Ini diikuti dengan golongan rakyat bebas ( petani,pedagang & artisan ) dan terkebawah ialah hamba.

![]() |
Firaun ~Ketua kerajaan Mesir Purba. ~Perkataan 'firaun' berasal daripada perkataan Yunani , iaitu pharaoh yang bermaksud rumah yang agung. ~Rumah yang agung bererti pihak atau kuasa yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta ~Rumah yang agung ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah,iaitu firaun. |
Sistem pemerintahan
- Mesir Purba diterajui oleh firaun.
- Firaun dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran , menjaga keamanan , mengurus , dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.
- Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai , penasihat , dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.
- Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.
- Urusan pentadbiran ini juga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut (1501-1479 S.M.). Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba juga merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.
Firaun Hatshepsut - Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju.
- Eksport Utama- Tekstil dan kertas.
- Aktiviti ekonomi lain :
~Perlombongan emas di kawasan Nubia.
~Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyerusinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, dan Helipolis. - Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
Agama & Kepercayaan - Orang Mesir Purba percaya kepaada konsep politeisme(kepercayaan kepada banyak tuhan).
- Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti
Re ( Tuhan Matahari ),
Ra-Atum ( Tuhan Langit ), dan
Amun ( Tuhan Angin ). - Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati .
Mayat tersebut diiringi barangan serta kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama dengannya. Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Sistem tulisan - Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ialah hieroglif yang berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berasaskan bunyi.
Tulisan hieroglif - Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.
- Tulisan juga memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
No comments :
Post a Comment